Thursday, 3 December 2015

Pengorbanan Mencipta Kejayaan.

Assalamualaikum. Wahh rindu sangat nak lajukan tangan menulis. Dah berkurun menahan ego taknak bukak blog. Akhirnya, ego pun lenyap. Sejak akhir-akhir ni, aku lebih fokus tentang masa depan. Apa yang aku nak capai lepas PT3. Aku nak jadi orang yang berjaya. Haah, memang cliche. Tapi, aku taknak anggap benda tu cliche, biasa. Aku nak anggap benda tu, luar biasa. Memang lah, as a teen, aku nak semua yang ada dalam dunia ni. Iphone, Ipad, pakai Naelofa shawl tu, pakai baju H&M. Tapi, bila aku fikir balik masak masak, tambah lagi dengan nasihat mummy, aku dapat rasa Allah lindung aku. Aku kena bersyukurlah. Aku taknak jadi orang yang kufur nikmat. "Ummi bukan tak mampu nak beli semua tu. Tapi, ummi nak kakak berjaya. Tanpa handphone, kakak boleh. Tanpa kelalaian, kakak boleh capai apa yang kakak nak." My mum is always my inspiration. Mummy selalu jadi yang terbaik dari yang terbaik. Sebabtu, aku taknak lumurkan diri aku dengan dunia. Moga Allah pelihara aku. Cita cita aku besar sangat. Takkan suka hati aku je nak jadikan cita cita tu just angan angan. Aku taknak jadi orang yang malas capai cita cita. Seriously, aku taknak. Bila aku dah plan, aku buat, aku dapat. Tu je aku fikir. Doakan aku :) 


Cinderella 
- 3 December -

Tuesday, 22 September 2015

Taubat Seorang Hamba.

Assalamualaikum. Harini aku nak share satu cerita pasal sahabat aku lillahitaala. Mesej dia teramat lah menyentap hati ni :' mohon ambil pengajaran.

"Assalamualaikum ukhti habibati. Boleh ana share pasal diri ana? Dan anti boleh kongsikan di blog anti.

Ukhti sayang,
Hari ini, 23 september 2015, ana menangis kerana rindu akan tuhan. Ana menangis kerana rindu akan tanah suci Makkah Al-Mukarramah walaupun ana tak pernah menjejak kaki ke sana. Betapa ana merindui Tuhan ana.

Tapi ukhti, ana terlalu banyak dosa. Ana takut Allah tak ampunkan dosa ana. Semua jenis dosa ana pernah buat kecuali minum arak.

Ana tau, Allah akan ampunkan dosa ana. Tapi, ana takut ada sisa sisa dosa yang masih tertinggal. Ana takut ukhti.

Tadi, ana tengok siaran langsung apa yang terjadi di tanah suci. Ana teringin nak kesana. Ana nak kesana ya ukhti. Ana muhasabah diri ana, adakah Allah terima ana? Ana banyak dosa ukhti.

Jadi habibati, pimpin ana ke syurgaNya dengan tangan lembutmu, sahabatku. Sungguh. Aku sayang kan kamu ukhti ♡"

Subhanallah. Ya Allah, semoga Engkau ampunkan dosanya.

So ukhti sekalian, ambil pengajaran dari kisah ini ya sayang. Doakan hamba Allah ni supaya dia terus istiqomah. Amin :) Jazakillah.

Friday, 18 September 2015

Selingkuh dengan Tuhan.

Assalamualaikum W.B.T. :) Hi dears. Dah lama.. ehh baru semalan aku update kan? Ok.

Selingkuh. Bahasa rock; curang. Hish aku taknak lah guna 'selingkuh'. Macam orang asli sangat kan? "Curang tu apa?" Curang tu menduakan. "Menduakan tu macam mana?" Elleh, buat buat taktau ke apa ni. Hehe, cubit kang.

Sanggup tak korang diduakan? Sanggup tak? Mesti nangis bagai nak rak sampai rak jatuh, kan? Pedih tak rasa bila orang yang kau sayang, curang. Pedih kan? Ya Allah.. tapi, pernah tak korang fikir sedihnya Allah bila korang menduakan Dia? Pernah tak? :) Manusia menduakan manusia apalah sangat. Tapi.. manusia menduakan Allah tu yang luar biasa. Cukup luar biasa!

Allah sangat sedih bila merenung kau seronok berbalas balas mesej dengan ajnabi. Allah sangat cemburu bila kau berdating/bermeeting dengan ajnabi. Allah sangat cemburu. Kenapa kita tak fikir semua tu? Sebab kita tengah seronok. Kita tengah lalai. Siapa tak seronok bila cinta buaikan kita. Tapi.. saat tu, Allah sangat cemburu dengan hati yang mengharap selain dariNya.

Kita menangis 2 hari 3 malam hanya sebab seorang lelaki yang belum tentu milik kita? *mohonlah gelakkan diri sendiri* Bila fikir balik, ish malunya nangis sebab lelaki, kan? Tapi.. still tak serik. Tak sedar yang Allah sedang cemburu dan hanya nak kita mengharap kat Dia.

Mohon muhasabah diri, bersihkan hati. Mengharap kembali cinta Allah. Mintak maaf kat Allah. Tinggalkan benda benda yang melalaikan. Inshaa Allah, Allah maha pengampun. Wallahu'alam. Jazakillah semua ;)

P/S: terima kasih kat readers yang selalu baca blog ni. Silent readers mahupun bising readers hehe. Semoga tak jemu baca blog aku yang kadang kadang serious kadang kadang loya buruk. Doakan aku yang lemah ni supaya kuat. Amin :)

Thursday, 17 September 2015

Mawar Syurga.

Assalamualaikum. Hi semua! Rindu blog ni. Hehehe. Okay, harini aku nak cakap pasal 'mawar syurga'. Sebenarnya mawar syurga ni apa? Kalau nak tau lah kan, semua perempuan dalam dunia ni mawar syurga. Tapi! Mawar syurga tu ada yang mekar, ada yang tak :)

Macam mana nak tau semua tu? Alright. Mekarnya mawar ni bergantung kepada akhlak seorang perempuan tu. Ye weh, akhlak aku pun tak sempurna. Aku juga tak jaga ikhtilat. Aku juga still tak jaga suara. Tapi apa guna istighfar? Apa guna taubat nasuha kan? Jangan malas bertaubat dear. Mesti best kalau Allah ampunkan dosa kita ;)

Okay, sambung balik pasal akhlak tadi. Haa! Mawar syurga ada ke yang tak jaga ikhtilat? Hahaha. Mestilah dorang jaga ikhtilat. Ehh asal ah asyik pasal ikhtilat je? Sebab! Perempuan sekarang dah macam taktau batas dah. Tak macam perempuan dulu. Termasuk lah AKU. Aku pun sama *mohon ketuk kepala aku*.

"Hey, apesal asyik perempuan je yang kena jaga ikhtilat weh?" Aduh banyak tanya ah. Ok. Cuba kau fikir. Lelaki ni, mesti buat apa apa, apa apa pun! Untuk dapat sorang perempuan. Lagi lagi kalau kau lawa. Ish! Lagi geram ajnabi tu. Tapi, kau kena lah pandai jaga kemahalan diri kau tu. Kenapa tak sabar sabar sangat? Tunggu kahwin tak boleh ke?

Last word from me. Jaga lah ikhtilat. Jaga perangai. Jaga hati supaya syaitan yang direjam tak masuk dalam kau. Dah lah hati kotor, syaitan masuk lagi kotor. Tak geli ke? Alright dears. Jazakillah sayangs.


This entry khas untuk pembaca setia;
Yasmin Zahirah Bt. Jamuliddin ♡
(( terima kasih awak. entry ni untuk awak sayang )) ;)

Wednesday, 2 September 2015

Dari Hati Untuk Hati.

Assalamualaikum. Hi gengs ;) ok detik ni aku nak ajar korang semua cara jaga hati. Selalu nya orang buat tutorial jaga muka, jaga kaki tangan semua. Jaga hati? Bila nya kan?


First thing. Apa yang buat hati kita kotor eh? Haa pandai pung. Hangpa duk chat chat dengan ajnabi. Kotor lah hati tu. Ish ish ish. Tapi tak semestinya mesej dengan ajnabi hati terus kotor. Tak. Ada batas. Contohnya, ada urusan yang sangat sangatlah penting sampai kaum kaum hawa tak boleh tolong, baru lah hangpa boleh berurusan sesama sendiri. Other than that? No way!


"Mesej apa eh sampai buat hati kita kotor?" Yang ni senang. Ok contoh nya mesej yang berlanjutan sampai hanyut dalam sungai tak tau kemana. Tup tup dah lemas. Nasib baik hidup lagi lols. Contoh contoh!
L: "assalamualaikum. dah solat?"
P: "dah, awak pulak?"
L: "dah. hehe dah makan belum ni?"
P: "belum. tak selegha"
L: "laa makan lah, kang sakit siapa yang susah?"
Eh aku nak tanya. Pompuan tu sakit, kau ke yang tanggung? Hahahaha. Nak tau apa jadi? Mereka pun berhuhu.

Aku membebel panjang panjang ni bukan aku tak pernah buat. Aku pernah :) aku lagi lah. Lemas sampai hujung nyawa. Tapi, Allah sentiasa buka pintu taubat untuk orang yang betul betul nak kan kemanisan cinta Allah tu. Taknak rasa ke? Taknak, takpelah. Huhu.


Ada cara nak elak semua ni. Ada, ada. First thing, kau boleh elak semua ni. Bila dia, "assalamualaikum. hi, dah makan?" Balas jelah, "waalaikumussalam. dah. sorry lah ada urusan. maaf." Kalau tak mintak maaf pun takpe. Sebab takut nanti makin dilayan makin menggatal. Yang ni lagi best, tahan jelah. Takpayah reply. Buat buat busy. Mesej kawan kawan ke. Jangan pulak mesej lelaki lain. No no no.


Ok buat masa ni, tu je yang aku nak kongsi. Aasif jiddan kalau terkasar bahasa, terlanjir kata dan yang sewaktu dengannya. Dakwah biar masuk dalam hati ya ;) Fi hifzillah.


Inspired by kak Afa sayang ♡
-2 September 2015-

Tuesday, 25 August 2015

Cinta Azab?

Assalamualaikum. Maha suci Allah yang campakkan rasa cinta kepada semua hambaNya :) ok tajuk harini apa? Kejap, nak baca balik.. ok dah. Cinta azab. Cinta azab tu apa benda sebenarnya kan? Ok yang aku tau apa benda. Bagi aku, cinta azab tu is cinta yang dekatkan kita dengan neraka. Ada ke cinta yang dekatkan kita dengan syurga? Ofcourse lah ada wahai kawan kawan -_- cinta kepada Allah, mak ayah, kawan kawan. Yes, that's it.


Cinta azab ni sebenarnya cinta kat siapa? Like i said, cinta kat 'lelaki asing'. Lelaki yang bukan mahram kita. As known as, couple lah kan? Takkan aku nak kena terangkan couple tu apa? Penat lah huhu. Bila aku tanya ustaz ke ustaz ke, ada ke sebenarnya couple islamik ni? Respon yang diberi hanyalah; "mana ada" -_- ok tak percaya? Tanya lah ustaz ustazah yang berdekatan. Buat research, nak seribu daya kan? ;)


Hello! Siapa kata aku tak pernah couple? Aku pernah lah. Dulu serious aku jahil. Aku tau agama, tapi tak amalkan. Aku hipokrit, aku selfish, aku ego, aku kejam, aku takde rasa cinta langsung kat agama. Cuma, aku takde teruk sampai tahan zina. Like i said, aku tau agama, tapi TAK AMALKAN. Tapi, lepas aku muhasabah diri aku balik. Campur dengan nasihat orang yang aku respect. Alhamdulillah, aku dah start rasa nikmat cinta Allah. Nak cerita pasal zaman jahiliyyah aku boleh buat 2/3 buku rasanya. Lols.



Takde manusia perfect zaman sekarang ni. Takde. Ok kecuali, ulama' ulama' yang kita sallute. Tapi? Dorang jelah. Yang kita kita ni? Aku tau, semua orang pernah buat dosa right? Aku pun pernah, tak kira lah dosa besar ke kecik. Kita mesti pernah buat dosa. Ok dah buat dosa, apa solution nya? Taubatlah. Mintak maaf kat Allah. Mintak maaf sungguh sungguh kat Allah ok? ;) In shaa Allah, Allah tu maha pengampun. Tak sia sia punya kau bangun qiamullail buat solat hajat. Takkan sia sia :)


So, jauh jauh kan lah diri kita ni from cinta azab kalau taknak masuk neraka. Ada ke yang masuk neraka? Kalau ada, teruskan dengan perbuatan anda itu ya :) saya cuma berurusan dengan geng geng nak masuk syurga sahaja :) sekian terima kasih. Jazakallah, semoga kita dalam rahmat Allah. Wallahu 'alam.

Monday, 24 August 2015

Cinta Allah :)

Assalamualaikum geng geng diabetes semua ;) alhamdulillah. Maha suci Allah yang menciptakan manusia, langit dan bumi. Ok, today kita cerita pasal CINTA. What is cinta? Sebenarnya lah kan, aku pun tak pandai sangat bab bab cinta ni sebab aku bukan doktor cinta kan? Lols.


Bagi aku lah, cinta ni is kita sayang, hormat, suka and kita mesti buat apa pun untuk apa yang kita cinta tu. Right? Ok contoh? Kau ada iphone, ofcourse lah kau sayang iphone kau ((lain lah orang kaya, iphone boleh beli 10)). Just imagine, one day iphone kau jatuh. Ya Allah, automatically hati kau pun hancur sekali, kan? Siapa tak sayang iphone huhu :') Ok aku taknak cite iphone panjang panjang and just straight to the point.


Aku mintak korang fikir baik baik, hayati betul cinta Allah kat kita as hambaNya. More than enough cinta Allah kat kita, kan? Tapi, kita semua ni sedar ke? Sedar ke yang Allah sayang sangat kat kita? Tak, kita mana nak sedar. Yang kita sedar, cinta manusia. Korang dah sure sangat ke boyfriend/girlfriend yang sangat dibanggakan tu sayang kat korang. Kalau dah sure sangat, mohon buang segala ke'sure'an itu ya.


Ok, bukti Allah sayang hambaNya? Dah jelas lagi terang benderang bersuluh kat depan mata kalian wahai saudara saudari. Tengok tangan tu, renung baik baik. Cukup 5 jari? Alhamdulillah kalau cukup. Tulah bukti Allah sayang kat kita. Nikmat yang Allah bagi dah melimpah ruah, more than enough. Udara yang kita sedut. Makanan yang kita makan. Ini paling best. Just imagine kalau Allah tak bagi akal kat kita. Allahu, tak tau lah macam mana kalau kita semua takde akal. Agaknya, aku tak boleh nak update blog panjang macam ni. Yelah, aku takde akal kan. Lols.


Lastly, aku harap geng geng diabetes semua dapat lah jugak faedah ke manfaat ke lepas baca blog ni. Baca, simpan dalam otak. Amalkan dalam hidup. Ok guys, got to go. Assalamualaikum! :)